Memohon Untuk Pinjaman Rumah Jika Anda Bekerja Sendiri



Keputusan anda untuk bekerja sebagai seorang pekerja bebas adalah sangat menguntung dan mendatangkan kepuasan, tetapi sudah tentulah bahawa kebebasan ini juga ada harganya. Disebabkan anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan pekerjaan yang kekal, anda merupakan seorang calon yang “berisiko”.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak yang anda boleh lakukan untuk menafikan tanggapan itu, dan anda telah mungkin telah mendapati bahawa merancang dahulu merupakan sesuatu yang penting. Membeli rumah bukan sesuatu tindakan yang boleh dibuat tanpa rancangan kerana anda perlukan masa untuk mengumpul kewangan sebagai seorang individu yang bekerja sendiri.
Menunjukkan bahawa anda boleh menguruskan kewangan anda adalah penting jika anda ingin mendapatkan pinjaman.
Dari segi positif, terdapat banyak individu yang bekerja sendiri telah berjaya mendapatkan pinjaman perumahan, jadi hal ini merupakan sesuatu matlamat yang boleh dicapai – anda hanya perlu meningkatkan kedudukan kewangan anda, 


Menyimpan rekod kewangan yang selaras dengan piawaian perakaunan.

Mengekalkan buku akaun anda adalah satu amalan yang baik bukan untuk tujuan untuk mendapatkan pinjaman sahaja tetapi untuk keseluruhan pengurusan perniagaan anda juga. Bank-bank akan menghadapi cabaran untuk mentaksir tahap kemampuan anda jika mereka mempunyai kesukaran apabila ingin mengetahui tentang keuntungan dan kerugian perniagaan anda, perbelanjaan dan juga pendapatan.
Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang cara untuk menguruskan selok-belok kewangan perniagaan anda, anda bolehlah menimbang untuk mengambil satu kursus pendek mengenai subjek ini ataupun mengajikan seorang penyimpan kira-kira untuk membantu anda.
Anda haruslah mengingati bahawa perkhidmatan seorang penyimpan kira-kira adalah agak mahal, tetapi perbelanjaan seperti ini tidak boleh dijimat kerana rekod yang dicatat dengan baik (menunjukkan pendapatan tetap yang sihat) menunjukkan bank bahawa anda mempunyai kemampuan untuk mengurus kewangan anda dengan baik.

Hubungi saya bagi menguruskan akaun simpan kira-kira anda.Talian 0194473960 Puan Aishah .Kawasan Kedah/Perlis,Penang.
#peniaga online/offline,usahawan IKS,freelancer,bekerja sendiri diutamakan.
#simpan kira-kira yang bagus akan memudahkan loan rumah anda!



Comments

Popular posts from this blog

Kerani Akaun Tak Setia?

RM250 Kira Akaun Enterprise Anda.

Kenapa Perlu Rekod Akaun yang Teratur dan Kemas?